ALFAI Islamic Sound System merupakan sebuah perusahaan yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama ALFAI ENTERPRISE (002425861-P) yang mula beroperasi pada Mac 2014 yang lalu sebagai salah satu medium alternatif bagi memenuhi permintaan para pelanggan membina dan mewujudkan suasana majlis yang Islami.
Bertitik tolak atas kesedaran menyampaikan risalah, meluruskan adat dan melebarkan dakwah, Alfai Islamic Sound System mengorak langkah dengan inisiatif menjadikan seni hiburan Islami sebagai platform hiburan alternatif dengan matlamat utamanya menggapai redha Ilahi dengan menawarkan perkhidmatan Deejay(DJ) Islamik berketerampilan dan berpengalaman dalam mengendalikan sesebuah majlis perkahwinan di samping sewaan set PA Sistem lengkap.
Kini Alfai Islamic Sound System menyediakan pelbagai PAKEJ bagi sebarang majlis terutamanya bagi majlis perkahwinan dengan menawarkan pakej lengkap berupa pengisian ilmu, interaktif dedikasi ucapan, LIVE selawat pengantin dan Doa Pengantin dengan harga yang berpatutan di kawasan sekitar W/P Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan.
Adalah menjadi keutamaan team Alfai dalam memberikan perkhidmatan terbaik dengan menjadikan majlis resepsi anda menjadi lebih bermakna, teratur, ceria, suasana Islami dan suatu kelainan akan dapat dirasai berbanding dengan majlis-majlis perkahwinan biasa yang lain.. Menarik kan? terus temui kami secara eksklusif di lokasi anda:
Layari laman Facebook kami https://www.facebook.com/Aflaisoundsystem/timeline
Layari laman Facebook kami https://www.facebook.com/Aflaisoundsystem/timeline
013-2868392 Dj Faizal

1 ulasan:
Dj Islamik
Catat Ulasan